• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Hanya Umum Nama Menteri Besar Johor Selepas Menang PRN

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pagoh : Perikatan Nasional (PN) hanya akan mengumumkan nama Menteri Besar Johor selepas berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu berkata pengundi tidak perlu berasa ragu dan bimbang kerana PN membariskan ramai calon yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mentadbir negeri.

“Bila sudah diputuskan kita memperoleh sejumlah kerusi yang mampu membentuk kerajaan, maka selepas itu baru kita namakan (Menteri Besar) dan nama akan dikemukakan untuk mendapat perkenan Sultan,” katanya selepas merasmikan TV White Space di Stadium Lenga di sini hari ini.

PN membariskan 56 calon untuk bertanding di semua kerusi PRN Johor.

Muhyiddin dalam pada itu mensasarkan antara 70 dan 75 peratus pemilih akan keluar mengundi termasuk dalam kalangan pengundi 18 tahun ke atas dan yang pertama kali mengundi.

“Diharap pengundi yang berada di luar Johor akan mengambil peluang untuk pulang mengundi di kawasan masing-masing,” katanya.

-Harian Metro

Tags: menteri besarPNPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Delegasi UTHM

Pemangku Sultan Johor Terima Menghadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri Dan Delegasi UTHM

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan...

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd