• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Tunggu Kebenaran Laksana VTL

oleh AK-47
08/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri sedang menunggu kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri bagi melaksanakan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui pengangkutan udara antara Sabah-Singapura.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihak kementerian sudah membuat saranan agar jawatankuasa pengurusan itu membuat penelitian dan mempertimbangkan perlaksanaan inisiatif VTL membabitkan laluan berkenaan.

“Sudah sampai masanya Sabah mengikut langkah beberapa negeri seperti Pulau Pinang yang bakal memulakan inisiatif VTL melalui pengangkutan udara bermula 16 Mac ini.

“Ia penting bagi memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan antara kedua-dua wilayah khususnya sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jafry berkata, beliau yakin kementerian dan semua pengusaha industri pelancongan Sabah sudah bersedia untuk menerima pelancong luar.

Walau bagaimanapun, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat perlu bagi mengelak penularan varian Omicron di negeri ini.

Pada Jumaat, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memaklumkan kerajaan Malaysia dan Singapura memperluaskan inisiatif VTL melalui pengangkutan udara membabitkan laluan baharu Pulau Pinang-Singapura bermula 16 Mac.

Menerusi inisiatif tersebut, pengembara yang telah lengkap vaksinasi boleh melakukan perjalanan ulang-alik bagi laluan Pulau Pinang-Singapura menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

-Utusan Online

Tags: KebenaranSabahVTL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd