• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekatan Ke Atas Russia Perlu Melalui PBB

oleh Mohd Arshad
08/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Malaysia tidak menyokong tindakan sekatan secara unilateral dikenakan ke atas Russia, sebaliknya ia dilaksanakan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Malaysia meminta gencatan senjata dilaksanakan dan rundingan damai diteruskan.

“Jika perlu dilaksanakan sekatan sekali pun, ia perlu melalui PBB dan kita mahu ia dilaksanakan secara berhati-hati serta bersasar supaya tidak memberi kesan langsung kepada orang awam tidak berdosa.

“Pada masa ini, sekatan adalah senjata ampuh boleh digunakan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Wong Chen (PH-Subang) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengenai soalan tambahan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat), beliau berkata Malaysia tidak terbabit secara langsung dalam pelan rundingan damai Russia-Ukraine, sebaliknya memberi sokongan melalui negara sahabat yang aktif dalam perbincangan itu.

Ini kerana, katanya Malaysia mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua negara itu dan kerajaan tidak mahu menunjukkan pembabitan secara terus.

“Ada beberapa negara sahabat kita aktif dalam rundingan itu dan kita sudah menyampaikan sokongan kita kepada mereka,” katanya.

Menjawab soalan lisan asal Kulasegaran mengenai program evakuasi rakyat Malaysia dari Ukraine, Saifuddin berkata, Kementerian Luar melalui perwakilan berdekatan Ukraine sentiasa bersedia membantu sekiranya mereka berhasrat keluar dari negara itu.

Sehingga kini, katanya empat orang sahaja warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kiev masih di Ukraine, selepas evakuasi tempoh hari membabitkan seramai tujuh rakyat Malaysia termasuk kakitangan serta tanggungan pegawai kedutaan di sana.

“Ada antara mereka sudah berkahwin dengan warganegara tempatan, mengambil keputusan tidak meninggalkan Ukraine,” katanya.

Beliau berkata, pihak kedutaan melalui kerjasama Perwakilan Malaysia di negara berdekatan Ukraine sentiasa berhubung rapat dengan warganegara Malaysia yang masih berada di sana dan sedia membantu sekiranya mereka berhasrat untuk keluar.

“Bantuan diberikan termasuk memudah cara urusan kemasukan di sempadan negara, urusan dokumentasi seperti pengeluaran Sijil Perakuan Cemas bagi individu yang memerlukan, memastikan keadaan serta kebajikan mereka sentiasa terpelihara, dan urusan lain yang berkaitan,” katanya.

Mengenai soalan tambahan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (PN-Beaufort) susulan video berdurasi 45 saat dimuat naik dalam talian yang mendakwa sekumpulan pelajar Malaysia masih terkandas di Ukraine, katanya sehingga kini, tiada pengesahan dapat dibuat ke atas dakwaan itu serta identiti mereka sebagai warganegara Malaysia.

“Namun, saya ingin menggesa supaya mana-mana warganegara Malaysia di Ukraine yang masih belum mendaftarkan diri dengan pihak kedutaan, untuk segera berbuat demikian,” katanya.

Saifuddin juga meminta warganegara Malaysia di luar negara sentiasa mendaftar dengan kedutaan kerana apabila berlaku konflik termasuk bencana alam, kedutaan dapat membantu.

“Namun jika tidak berdaftar tetapi kita mengetahui ada rakyat Malaysia di kawasan konflik, kita akan hubungi mereka melalui telefon atau melalui rakan mereka yang lain.

“Pelan evakuasi memang ada, bukan hanya untuk konflik peperangan tetapi juga ketika bencana alam seperti banjir dan gempa bumi, begitu juga konflik kesihatan seperti di Wuhan, China dua tahun lalu,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Krisis Rusia-UkrainePBBsekatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd