• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPV Ambil Sampel Bangkai Kucing, Analisis Di Makmal

oleh Mohd Arshad
07/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah selesai mengambil sampel daripada bangkai kucing ditemukan di Taman Awam Pantai Bukit Keluang, di sini, untuk dianalisis di makmal susulan kes 15 haiwan itu mati bergelimpangan disyaki diracun.

Pengarahnya, Dr Anun Man, berkata sampel terbabit dihantar ke makmal untuk tujuan analisis kimia dan diagnostik.

Beliau memaklumkan, terdahulu pihaknya menerima aduan mengenai sejumlah kucing mati disyaki akibat diracun, pagi semalam.

“Justeru, sebuah pasukan operasi Unit Kebajikan Haiwan dan Penguat Kuasa Veterinar Negeri digerak untuk melakukan siasatan di lapangan.

“Sebanyak 15 bangkai kucing pelbagai umur, jantina dan warna ditunjukkan di lokasi berkenaan oleh pengadu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, JPV kemudian melakukan ‘post mortem’ dan sampel dihantar untuk analisis kimia serta diagnostik di makmal.

“JPV melalui Penguat Kuasa Veterinar Negeri membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman maksima hingga tiga tahun penjara dan/atau denda maksimum hingga RM100,000,” katanya.

Beliau berkata, orang awam disaran membuat sebarang aduan kebajikan haiwan, secara rasmi menerusi laman sesawang MyAnimalWelfare di https://awa.dvs.gov.my/support.

-Berita Harian

Tags: bangkai kucingJPVmakmal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

08/02/2025
0

Georgetown : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dakwaan penemuan kira-kira 10 bangkai kucing dalam...

5 Bahagian Sarawak Diisytihar Kawasan Kawalan FMD

15/06/2022
0

KUCHING: Lima bahagian di Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan kawalan penyakit kaki dan mulut (FMD), hari ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Menteri Pemodenan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd