• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerugian Sebenar 1MDB Sedang Diaudit

oleh AK-47
04/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jumlah kerugian sebenar dialami syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tidak dapat ditentukan pada masa ini.

Kementerian Kewangan berkata, ini kerana juruaudit yang dilantik 1MDB, Parker Randall, masih belum dapat memuktamadkan laporan penyata kewangan syarikat terbabit.

“Ini kerana juruaudit yang lama iaitu KPMG dan Deloitte, telah menarik balik laporan dan pandangan mereka terhadap laporan penyata kewangan syarikat itu

“Justeru itu, jumlah kerugian sebenar 1MDB pada masa ini tidak dapat ditentusahkan,” menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Jawapan bertulis itu menjawab soalan dikemukakan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah wang yang berjaya dikembalikan hasil tindakan diambil terhadap isu 1MDB sejak 2018 dan jumlah kerugian keseluruhan syarikat itu.

Parker Randall dilantik juruaudit 1MDB sejak 2017 yang mana sebelum itu KPMG menjadi juruaudit pada 2010 hingga 2012, manakala Deloitte pada 2013 hingga 2014.

Kementerian Kewangan juga mengesahkan sehingga 31 Januari lalu, jumlah dana berkaitan 1MDB yang telah berjaya didapatkan kembali dan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset adalah sebanyak RM19.14 bilion.

Katanya, sebahagian besar dana itu diperoleh daripada lima sumber utama iaitu sebanyak AS$D1.23 bilion (RM5.17 bilion) diperoleh daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dan sebanyak AS$2.5 bilion (RM10.5 bilion) diperoleh daripada Goldman Sachs sebagai sebahagian jumlah penyelesaian yang berjaya dimuktamadkan pada Julai 2020 yang dikreditkan pada September 2020.

Sebanyak AS$80 juta (RM336 juta) diterima daripada Deloitte hasil penyelesaian global yang dimeterai 24 Mei 2021 yang dikreditkan pada Jun 2021 manakala sebanyak RM2.315 bilion diterima daripada AmBank juga hasil penyelesaian global dimeterai pada 5 Mei 2021 yang dikreditkan pada Julai dan Disember 2021.

Dalam masa yang sama, sebanyak AS$80 juta (RM336 juta) diterima daripada KPMG hasil penyelesaian global yang telah dimeterai pada 16 Disember 2021yang dikreditkan pada Januari lalu.

-Berita Harian

Tags: 1MDBdiauditkerugian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd