• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Russia Berhasrat Ulangi Tragedi Chernobyl – Zelensky

oleh Mohd Arshad
04/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KYIV : Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mendakwa Moscow menggunakan ‘keganasan nuklear’ dan mahu mengulangi bencana Chernobyl susulan serangan terbaharu ke atas loji kuasa nuklear negara itu.

Sehubungan itu beliau merayu pemimpin dunia untuk bangkit dan menghalang Eropah daripada “nazak akibat bencana nuklear” selepas loji terbesar di benua itu terbakar akibat dibedil.

“Tiada negara selain Russia yang pernah menembak unit kuasa nuklear,” katanya dalam mesej video yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah kita. Dalam sejarah manusia. Negara pengganas kini menggunakan keganasan nuklear.”

Stesen di Zaporizhzhia, sebuah bandar perindustrian di tenggara, membekalkan anggaran 40 peratus kuasa nuklear negara dan menurut Zelensky, menempatkan enam daripada 15 reaktor Ukraine.

Menurut Kyiv, kebakaran bermula selepas tentera Russia melepaskan tembakan ke arah kemudahan itu.

Bagaimanapun peralatan “penting” di stesen itu tidak terjejas dan tahap radiasi adalah normal, pegawai tempatan memberitahu badan pemerhati atom PBB.

Kemudahan nuklear Ukraine menjadi titik kebimbangan utama selepas tentera Russia menyerang negara itu minggu lalu dan mula membedil bandar dengan peluru dan peluru berpandu.

“Jika berlaku letupan, ia adalah pengakhiran segala-galanya. Pengakhiran kepada Eropah,” kata Zelensky. “Hanya tindakan Eropah segera yang boleh menghentikan tentera Russia.”

-Berita Harian

Tags: ChernobylKrisis Rusia-UkraineTragedi Chernobyl
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Boleh Main Peranan Penting Galak Keamanan Di Ukraine

Malaysia Boleh Main Peranan Penting Galak Keamanan Di Ukraine

16/08/2023
0

KUALA LUMPUR - Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan keamanan di Ukraine dengan menyokong 'formula perdamaian' 10 perkara yang...

Putin Luluskan Perjanjian Aneksasi Empat Wilayah Ukraine

Putin Luluskan Perjanjian Aneksasi Empat Wilayah Ukraine

05/10/2022
0

ANKARA - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Rabu meluluskan perjanjian mengenai "penerimaan" wilayah Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia dan Kherson Ukraine ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd