• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Aktiviti Pembalakan Haram Di Tasik Kenyir

oleh Mohd Arshad
03/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hulu Terengganu : Tiada sebarang aktiviti pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga membawa impak kemusnahan yang sangat besar semasa banjir melanda di Hulu Terengganu Ahad lalu.

Demikian tegas Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu Roslan Rani sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak termasuk netizen yang berkongsi maklumat tidak benar itu di media sosial.

“Sebaliknya, berdasarkan taklimat dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), situasi yang berlaku adalah disebabkan terjadinya gelinciran tanah hingga menyebabkan tanah runtuh (berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir) pada Ahad.

“Semasa tanah runtuh itu juga berlakunya fenomena ‘kepala air’ yang turut menyebabkan banyak pokok-pokok berhampiran, sampah sarap yang lama, juga sisa kayu dahan dan ranting yang mati dihanyutkan ke dalam sungai. Ia menyebabkan seolah-olah berlakunya ‘banjir puing’ kerana ada video yang tular di media sosial yang memaparkan ratusan kayu hanyut didakwa sebagai balak oleh orang ramai,” katanya di sini, hari ini.

Semalam beliau meninjau keadaan runtuhan tanah di sekitar Empangan Jenagor dan Tasik Kenyir bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman dan wakil TNB.

Mengulas lanjut, Roslan berkata, situasi sebenar yang terjadi di Tasik Kenyir adalah sama dengan kejadian di Bentong, Pahang pada akhir tahun lalu.

Ditanya mengenai perancangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu susulan kejadian tanah runtuh itu, beliau berkata, pihaknya akan membuat semakan lanjut dengan mengambil gambar menggunakan dron dan koordinat yang tepat lokasi itu.

“Kita akan buat satu pemetaan pelan untuk perancangan dan juga tindakan selanjutnya yang boleh digunakan untuk kajian bagi mengenal pasti langkah-langkah yang lebih baik ke atas kawasan-kawasan yang terjejas ini,” katanya.

Semalam, TNB dalam satu kenyataan memaklumkan operasi SJSM ditutup sementara bermula Ahad lepas berikutan menara penghantaran voltan tinggi yang menyalurkan bekalan elektrik dari SJSM kepada Grid Nasional tumbang akibat kejadian tanah runtuh.

Hujan lebat luar biasa yang berterusan sejak Jumaat telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh yang turut memutuskan akses jalan keluar-masuk ke SJSM pada 4 pagi hari yang sama.

Aliran mendapan yang membanjiri kawasan stesen itu seterusnya mengalir ke Sungai Terengganu dan enam jam kemudian, berlaku satu lagi tanah runtuh yang menyebabkan sebuah jambatan serta menara penghantaran 132kV runtuh. Susulan itu, TNB segera menghentikan operasi SJSM.

Namun, sepanjang penutupan sementara SJSM dengan kapasiti 400 megawatt itu, TNB memberi jaminan bekalan elektrik kepada pengguna di Pantai Timur tidak akan terjejas kerana ia boleh ditampung melalui sumber penjanaan lain yang disalurkan menerusi sistem Grid Nasional.

-Harian Metro

Tags: Aktiviti Pembalakan HaramTasik Kenyir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bawa Keluar Segera Sisa Kayu Di Tasik Kenyir’

16/04/2022
0

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berharap sisa kayu yang hanyut di sekitar Tasik Kenyir akibat banjir luar...

‘Siasat Segera Ratusan Ribu Balak Hanyut Di Tasik Kenyir’

01/03/2022
0

KUALA BERANG : Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan digesa segera menyiasat kes balak dan kayu hanyut yang berlaku di Tasik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd