• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ukraine Tuntut Genjatan Senjata Segera

oleh Mohd Arshad
01/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kyiv : Rusia dan Ukraine bertemu pada Isnin untuk perbincangan pertama sejak perang bermula minggu lalu dengan Kyiv menuntut “genjatan senjata segera” setelah jumlah pelarian yang meninggalkan negara itu kini melebihi 500,000 orang.

Delegasi tiba untuk rundingan di sempadan Belarus dan Ukraine pada hari kelima pencerobohan Moscow, dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky membuat tuntutan itu dan “penarikan tentera” yang Moscow hampir pasti akan menolak.

“Saya tidak begitu percaya dengan keputusan pertemuan ini, tetapi biarkan mereka mencuba,” kata Zelensky.

Sekatan kewangan teruk dikenakan Barat ke atas Moscow menunjukkan kesan pada pagi Isnin, dengan mata wang Rusia jatuh ke paras terendah dan bank pusat Rusia menggandakan kadar faedah kepada 20 peratus.

Sekatan yang menyasarkan sektor kewangan negara itu bertujuan untuk mengubah kalkulus pemimpin Kremlin, namun kira-kira 100,000 tentera Rusia dilapor berada di lapangan, meneruskan pencerobohan ke atas Ukraine dari utara, timur dan selatan.

Pegawai pertahanan Barat dan kerajaan Kyiv berkata, tentangan daripada tentera Ukraine telah menghalang ibu negara itu jatuh ke tangan Rusia walaupun pencerobohan berlaku hujung minggu lalu termasuk di bandar kedua terbesar, Kharkiv.

“Tentera Rusia telah mengurangkan rentak serangan,” kata anggota tentera Ukraine pada Isnin, sekali lagi mendakwa Moscow mengalami ‘kerugian besar’. Bagaimanapun, bandar kecil selatan Berdyansk telah diduduki tentera Rusia.

Di Kyiv, penduduk mula keluar untuk membeli makanan selepas penarikan perintah berkurung yang dikenakan pada Sabtu.

Moscow berkata, ia kini ‘memperoleh kelebihan ke atas seluruh wilayah Ukraine’ sambil menuduh tentera Ukraine menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Ahad mengarahkan pasukan nuklearnya dalam keadaan berjaga-jaga sebagai tindak balas kepada apa yang disifatkannya langkah “tidak mesra” oleh Barat.

“Sekatan Barat ke atas Rusia adalah keras, tetapi negara kami mempunyai potensi yang diperlukan untuk mengimbangi kerosakan itu,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada wartawan.

Ukraine melaporkan 352 kematian orang awam, termasuk 14 kanak-kanak, manakala tenteranya mendakwa telah membunuh 4,300 tentera Rusia sejak pencerobohan berlaku.

Rusia mengakui ada anggota tenteranya terbunuh atau cedera, tanpa memberikan angka.

-Harian Metro

Tags: genjatan senjataTuntutUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd