• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Sempadan Jika Rt Terus Tunjuk Trend Menurun

oleh Mohd Arshad
28/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Pembukaan sempadan akan dibuka sepenuhnya sekiranya kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) terus menunjukkan trend penurunan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kadar Rt kini dilihat turun secara berterusan dan kini berada di tahap 1.05, namun terlalu awal baginya untuk mengatakan Malaysia kini sudah melepasi puncak penularan varian Omicron.

“(Nilai) Rt harian kini menurun secara berterusan, terlalu awal untuk mengatakan kita melepasi puncak Omicron. Sebanyak 96 peratus kes aktif Covid-19 pulih di rumah dan kapasiti perkhidmatan di hospital dalam keadaan terkawal.

“Jika trend berterusan, pembukaan sempadan sepenuhnya dan langkah domestik yang lebih santai akan dilakukan #ReopeningSafely,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Sebelum ini, Khairy dalam sidang medianya memaklumkan tarikh bagi pembukaan sempadan negara sudah ditetapkan namun perkara itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Malah, Majlis Pemulihan Negara (MPN) turut mengesyorkan supaya kerajaan membuka pintu sempadan pada 1 Mac ini, namun Ismail Sabri berkata ia tidak berlaku kerana Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan masa untuk meneliti prosedur operasi standard (SOP).

Penutupan sempadan dibuat kerajaan pada 18 Mac 2020, dua bulan selepas negara merekodkan kes pertama Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan yang lain turut berkongsi data nilai Rt di semua negeri, menerusi data berkenaan hanya Johor berada di bawah nilai Rt negara iaitu pada kadar 1.00.

Negeri paling tinggi nilai Rt adalah Perak dengan 1.32, diikuti Labuan (1.27), Sarawak (1.24), Terengganu (1.22), Perlis (1.21),Negeri Sembilan (1.17), Pahang (1.15), masing-masing pada kadar 1.13 iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Selain itu ialah Kedah dengan nilai 1.11, masing-masing pada tahap 1.08 iaitu Kelantan dan Melaka serta Sabah (1.07).

-Harian Metro

Tags: Buka SempadanRtTrend Menurun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Proses Pintu Sempadan Lancar Jika Negara Jiran Buka Sempadan 1 April

14/03/2022
0

KOTA KINABALU - Proses keluar dan masuk melalui pintu sempadan negara di Sabah dijangka tidak akan mengalami banyak masalah sekiranya...

PM Akan Umum Tarikh Buka Sempadan Minggu Depan

05/03/2022
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara, minggu depan. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd