• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Lengkap Dos Penggalak Solat Jumaat Hanya Di Selangor : Jakim

oleh AK-47
27/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jemaah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan dos penggalak dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat, hanya terpakai di masjid dan surau di Selangor.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, SOP tersebut ditetapkan berdasarkan surat pekeliling JAIS bertarikh 21 Februari lalu.

“Kerajaan Selangor telah menetapkan syarat hanya jemaah yang menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak boleh hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Jumaat.

“Syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja.

“SOP solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan perkara ini tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut Hakimah berkata, Jakim menghormati ketetapan dibuat pihak berkuasa agama Selangor dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri itu.

Justeru katanya, umat Islam perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan usaha menjaga dan memelihara maslahat dalam mengawal penularan wabak itu tercapai.

-Sinar Harian

Tags: JakimLengkap Dos Penggalakselangorsolat JumaatSOP
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Minta Mara Semak SOP Bawa Pelajar Ke Klinik

Asyraf Wajdi Minta Mara Semak SOP Bawa Pelajar Ke Klinik

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta pengurusan Mara untuk menyemak Prosedur Operasi Standard...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd