• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Ancam Gugurkan ISS Ke Atas AS, Eropah

oleh AK-47
26/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Agensi Angkasa Lepas Rusia(Roscomos) mengeluarkan ancaman untuk menjatuhkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) ke arah negara-negara yang melaksanakan sekatan ekonomi ke atas Moscow ketika peperangan berlangsung dengan Ukraine, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ketua Roscomos, Dimitry Rogozin menyatakan ancaman itu dalam kenyataan di Twitter sebagai membalas pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengenai sekatan yang dikenakan ke atas Rusia.

“Siapa yang akan menyelamatkan ISS sekiranya ia keluar dari orbit?” kata Rogozin.

Dalam beberapa kenyataannya di Twitter, Rogozin turut menyenaraikan India, China, AS dan Eropah sebagai pilihan untuk menjatuhkan stesen seberat 500,000 kilogram (kg) itu.

“Jika anda menyekat kerjasama dengan kami, siapa yang akan menyelamatkan ISS daripada keluar dari orbit dalam keadaan di luar kawalan dan jatuh ke atas AS atau Eropah?

“Kami juga mempunyai pilihan untuk menjatuhkan struktur seberat 500,000 kg itu ke atas India dan China. Adakah anda mahu mengancam mereka dengan prospek seperti itu?

“Jika ISS tidak menuju ke Rusia, semua risiko berada di tangan anda. Adakah anda bersedia?” tegasnya.

Biden sebelum itu mengumumkan untuk menghentikan import teknologi kepada Rusia dalam usaha untuk memperlahankan keupayaan ketenteraan berteknologi tinggi.

Kosmo-

Tags: Amerika SyarikatEropahISSRusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan bantahan Malaysia terhadap kempen anti minyak sawit yang melampau di...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd