• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAFI Tarik RM445 Juta Potensi Pelaburan Di Ekspo 2020 Dubai

oleh Mohd Arshad
26/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berjaya menarik potensi pelaburan dengan nilai RM455 juta menerusi penganjuran Minggu Pertanian Lestari di Ekspo 2020 Dubai yang berlangsung dari 21 Februari lepas hingga Sabtu.

Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid berkata potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian iaitu RM350 juta seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.

Beliau berkata potensi itu dicapai menerusi pemeteraian 12 Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dengan syarikat tempatan melibatkan kerjasama teknikal, pelaburan, penyediaan fasiliti perniagaan (business facilitation) selain penyelidikan dan pembangunan.

“Selain itu, kita telah mengadakan 70 padanan perniagaan berbanding sasaran 50 dan semua usaha ini telah lama MAFI mulakan termasuklah dengan melancarkan laman mikro pertanian lestari yang memaparkan latar belakang lebih 40 syarikat berkaitan pertanian.

“Ada juga beberapa negara menyatakan minat untuk mengadakan fasiliti perniagaan berkaitan industri pertanian seperti Namibia, Mexico, Surinam, Slovakia, Jepun, India, Jerman dan Maldives,” katanya kepada media Malaysia di sini, pada Sabtu.

Menurut Haslina selain berjaya mewujudkan kerjasama perniagaan, Minggu Pertanian Lestari itu juga merupakan platform terbaik untuk syarikat Malaysia meluaskan pasaran halal bukan sahaja di sini atau Emeriah Arab Bersatu (UAE), malah ke pasaran Timur Tengah.

Beliau berkata aktiviti yang diadakan sepanjang minggu termasuk demonstrasi masakan tempatan, ukiran serta edaran buah-buahan tempatan seperti durian, nangka, pamelo dan jambu batu berjaya menarik kira-kira 40,000 orang pelawat ke Pavilion Malaysia.

Haslina turut berita kasih kepada semua pihak yang menjayakan Minggu Pertanian Lestari termasuk Malaysian Bioeconomy Development Corporation sebagai agensi pelaksana serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi selaku peneraju penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai.

Bernama-

Tags: Ekspo 2020 DubaiMAFI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bajet 2023: MAFI Harap Peruntukan Ditingkatkan

Bajet 2023: MAFI Harap Peruntukan Ditingkatkan

08/09/2022
0

KEPALA BATAS - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berharap peruntukan kementerian itu akan meningkat pada Bajet 2023, bagi membolehkan...

Harga Siling Ayam, Telur Kekal: Annuar

Harga Siling Ayam, Telur Kekal: Annuar

29/08/2022
0

KUALA LUMPUR - Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan, manakala subsidi 3 sen untuk telur turut kekal,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd