• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Beku Aset Rohana Rozhan

oleh AK-47
26/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd (ASTRO), Datuk Rohana Rozhan.

Ia berikutan siasatan oleh agensi berkenaan selepas bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner mendakwa diperas ugut dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber SPRM memaklumkan, perintah pembekuan aset Rohana dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).

“Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK).

“Tindakan itu selepas SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Leissner yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta (RM42 juta) di London,” katanya hari ini.

Semalam, media melaporkan SPRM mengambil keterangan Rohana untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) AMLA 2001 dan ia disahkan bekas CEO itu dalam kenyataan media melalui firma guaman Valen, Oh & Partners.

“Saya merujuk kepada dakwaan terhadap saya dipaparkan dalam media. Saya hadir di pejabat SPRM dan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mereka,” kata Rohana dalam kenyataan ringkas berkenaan.

Bloomberg sebelum ini melaporkan, Leissner dalam keterangannya mendakwa, seorang CEO organisasi media yang mempunyai hubungan sulit dengannya, memeras ugut untuk dibelikan rumah bernilai AS$10 juta dan nama Rohana antara yang disebut.

Dia mengeluarkan dakwaan itu ketika memberikan keterangan di mahkamah New York awal minggu ini dalam perbicaraan kes rasuah bekas rakan sekerjanya, Roger Ng berkait 1MDB.

Leissner dalam keterangannya, mendakwa hubungan berkenaan bermula pada 2003 hingga 2013 dan mendakwa pernah membelikan Rohana rumah di London pada 2013 selepas diugut untuk didedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

Dia mengaku bersalah pada 2018 kerana terbabit dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang haram.

-Berita Harian

Tags: Beku AsetRozana RozhanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd