• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,000 Saksikan Penghijrahan Burung Pemangsa

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Lebih 5,000 pengunjung dari dalam dan luar negara membanjiri perkarangan Rumah Api Tanjung Tuan dekat sini pada Sabtu untuk melihat fenomena penghijrahan burung-burung pemangsa.

Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan Zaidi Kassim berkata fenomena ini hanya berlaku setahun sekali di mana burung-burung ini bermigrasi dari kawasan sejuk ke kawasan yang lebih panas.

“Burung-burung ini datang dari Tanjung Rupat, Sumatera, Indonesia dan singgah di sini sebelum terbang ke kawasan utara seperti Siberia, Korea Selatan dan Jepun.

“Fenomena burung raptor migrasi ini hanya berlaku pada awal bulan ini sehingga awal bulan hadapan. Jadi pengunjung boleh menyaksikan fenomena ini dalam tempoh sebulan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian “Raptor Watch 2015”, di sini.

Antara burung pemangsa yang singgah di sini sebelum meneruskan perjalanan 12,000 kilometer seterusnya ialah ‘Oriental Honey-buzzard’, ‘Black Baza’, ‘Japanese Sparowhawk’, ‘Chinese Goshawk’ dan ‘Grey-faced buzzard’.

Zaidi berkata musim panas yang melanda Malaysia kini merupakan antara daya penarik burung-burung pemangsa ini.

“Cuaca panas ini menarik lebih banyak burung pemangsa untuk singgah di sini kerana burung-burung ini memerlukan udara yang panas untuk mengikuti aliran udara sebelum ke destinasi seterusnya,” katanya.

Beliau berkata fenomena migrasi burung-burung ini penting sebagai penanda aras kepada kualiti alam sekitar sesuatu tempat itu.

“Jika banyak burung yang singgah di kawasan ini, ia bermakna kualiti alam sekitar kita masih terpelihara. Jika sebaliknya, maka kita perlu risau kerana kualiti alam kita semakin merosot,” katanya.

Pada masa hadapan, Zaidi berkata Tourism Malaysia Negeri Sembilan akan melancarkan program ‘Birds of Negeri Sembilan’ sebagai produk pelancongan yang terbaharu. – BERNAMA

Tags: haiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM393.8 Bilion Untuk Belanjawan 2024

Peluru Zionis Turut Sasarkan Haiwan

13/10/2023
0

PETALING JAYA – Bukan hanya manusia, haiwan pun turut menjadi korban kekejaman Israel. Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini….. Dalam satu...

Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba Akibat Cuaca Panas

Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba Akibat Cuaca Panas

01/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara, termasuk Malaysia, bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menimbulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd