• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebutan Kes ‘Raja Bomoh’ Ditangguh 2 Bulan

oleh AK-47
23/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, membenarkan sebutan kes lelaki digelar ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin yang disiasat atas dakwaan mencela dan menghina agama Islam, ditangguhkan selama dua bulan.

Hakim Syarie, Azman Saad, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie, Suhaili Ishak, supaya tempoh dilanjut bagi melengkapkan siasatan.

“Saya sebenarnya berhasrat untuk tidak memanjangkan tempoh siasatan ini.

“Saya dengan ini membenarkan penangguhan selama dua bulan dan ia adalah penangguhan terakhir,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 25 April depan.

Dalam perkembangan sama, Azman turut membenarkan permohonan Suliaha Abdul Hamid, 62, untuk menukar penjamin berikutan penjamin sebelum ini dijangkiti COVID-19, selain sukar untuk hadir ke mahkamah.

Terdahulu, Ibrahim, 71, dan Suliaha tiba di pekarangan mahkamah secara berasingan.

Pada prosiding itu, kedua-dua Ibrahim dan Suliaha tiada diwakili peguam.

Suhaili ketika ditemui pemberita selepas prosiding terbabit pula berkata, penangguhan akhir selama dua bulan itu diberi berdasarkan kelayakan peruntukan sedia ada.

“Ada keperluan untuk kita mendapatkan pelanjutan tempoh. Berdasarkan peruntukan yang ada, kita layak untuk menambah lagi dua bulan.

“Dalam tempoh lanjutan ini, akan ada tindakan untuk melengkapkan siasatan dan menambah lagi dengan apa-apa keperluan siasatan,” katanya.

Pada 7 Januari lalu, Ibrahim yang disiasat atas dakwaan mencela dan menghina agama Islam, dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Ibrahim bersama Suliaha yang juga dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ masing-masing diperintahkan membayar wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ berhubung kes ritual menolak banjir didakwa dilakukan di Dataran JPS, Teluk Intan.

Rakaman video berdurasi 25 minit yang tular dalam media sosial menunjukkan ‘Raja Bomoh’ bersama ‘Puteri Zaleha’ melakukan ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.

-Berita Harian

Tags: ditangguhKesRaja Bomoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Rakyat Ditangguh Selepas 19 Hari Bersidang

Dewan Rakyat Ditangguh Selepas 19 Hari Bersidang

27/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Februari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd