• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Siasat Kehadiran Buaya Dalam Parit

oleh AK-47
20/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat kehadiran seekor buaya dalam parit di sebuah kebun sawit di Kuala Kurau, dekat sini sepertimana ditularkan di media sosial.

Pengarahnya, Yusof Shariff berkata, buat masa ini pihaknya belum dapat mengenal pasti kesahihan video terbabit memandangkan tiada laporan berkaitan ancaman buaya diterima daripada orang awam.

“Tidak dapat dipastikan sama ada video itu lama atau baru, atau benar-benar berlaku di Kuala Kurau dan Parit Buntar.

“Bagaimanapun saya telah minta anggota Perhilitan Kuala Gula untuk membuat siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, Perhilitan turut mendapatkan bantuan daripada Ibu Pejabat untuk mengesan individu yang merakam kejadian itu termasuk pemilik Facebook yang memuat naik video berkenaan.

“Maklumat berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mendekati atau melakukan sebarang kacau ganggu sekiranya ternampak haiwan berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Sebaiknya jangan provokasi atau ganggu haiwan berkenaan walau di mana pun ia dijumpai,” katanya.

Pada Jumaat, tular dua video di media sosial memaparkan kehadiran buaya dalam parit dikatakan berlaku di Kuala Kurau.

Video pertama berdurasi 44 saat memperlihatkan beberapa lelaki dengan seorang daripadanya menggunakan sebatang pelepah sawit mengocak permukaan air bagi menarik perhatian buaya tersebut.

Tindakan itu menyebabkan haiwan berkenaan merangkak naik ke tepi tebing parit.

Sementara video kedua berdurasi 2.51 saat pula merakamkan kumpulan lelaki melemparkan batu ke dalam parit di lokasi yang sama untuk mengganggu reptilia itu.

-Sinar Harian

Tags: BuayaParitPerhilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd