• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Stabil Rakyat Selamat

oleh Mohd Arshad
18/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini menegaskan Malaysia masih belum bersedia untuk membuka sempadannya berikutan peningkatan kes Covid-19 di kebanyakan negara termasuk Malaysia sendiri ketika ini.

Bagi Perdana Menteri, kerajaan perlu meneliti keupayaan Malaysia dalam mengatasi Covid-19 dan varian Omicron sebelum membuat keputusan demi keselamatan rakyatnya.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin pula tetap mendesak kerajaan supaya membuka sempadan negara.

Beliau memetik Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam menyokong desakannya.

“Dalam mesyuarat ada Menteri Kesihatan, (ditanya) kena kuarantin wajib, beliau kata tak payah, ada Jabatan Imigresen, (ditanya) bila boleh buka, boleh buka 1 Mac”

Ini bermakna ada tiga anggota pentadbiran kerajaan bersama Mahiaddin dalam desakan itu Khairy Jamaluddin, Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dua mereka daripada parti politik Perikatan Nasional (PN) dan seorang daripada Barisan Nasional (BN) yang jiwa politiknya terhadap BN kian diragui.

Persoalan yang timbul dalam isu ini mengapa MPN tidak menghormati pendirian Perdana Menteri dalam hal pembukaan sempadan negara?

Persoalan seterusnya apakah perniagaan tauke-tauke lebih utama berbanding keselamatan rakyat atau berharap kes semakin tinggi supaya Ordinan Darurat boleh dikuatkuasakan semula maka PRU-15 tidak boleh diadakan?

Sehinggakan Azmin Ali mendahului ketetapan Perdana Menteri dengan mengumumkan Kementerian Kesihatan dijangka mengemukakan cadangan mengenai pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat sebelum memutuskan tarikh pembukaannya.

Keadaan kucar-kacir pentadbiran kerajaan seperti ini tidak boleh berterusan kerana yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Sebab itu kestabilan politik dan kedominan sesebuah parti politik dalam membarisi pentadbiran kerajaan adalah penting. Mungkin PRU-15 satu-satunya harapan untuk mengembalikannya di Malaysia.

Mynewshub-

Tags: Covid-19PNPRU-15SOP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd