• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Zahid Bawa Fail Bertimbun, Dia Kata Tan Sri Tolonglah…’

oleh AK-47
17/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendakwa Ahmad Zahid Hamidi pernah bertemunya untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi presiden Umno itu.

Muhyiddin berkata Ahmad Zahid melawatnya selepas dia dilantik sebagai perdana menteri dengan membawa ‘fail bertimbun’.

“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan),” kata Presiden Bersatu itu semasa ceramah di Tangkak, Johor malam tadi.

Muhyiddin berkata dia memberitahu Zahid bahawa jika ahli parlimen Bagan Datuk itu tidak bersalah, dia perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah.

Sementara itu, Muhyiddin juga mengulangi dakwaannya bahawa Najib Razak ada meminta campur tangannya untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya dalam kes mahkamah yang dihadapinya.

Katanya, permintaan itu dibuat ketika Najib datang melawat di pejabatnya untuk mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai perdana menteri.

“‘Bosku’ datang ke pejabat saya beri penghormatan sebagai perdana menteri, dalam cerita punya cerita, dia cerita juga kes mahkamah.

“Kalau boleh minta saya keluarkan (Datuk Seri Gopal) Sri Ram. Mana boleh, saya tidak akan buat macam itu.

“Akhirnya dalam tempoh beberapa bulan kedudukan kerajaan yang awal-awal ok dah jadi macam tak berapa ok, bergoyang-goyang,” katanya.

Najib sebelum ini menafikan ada meminta campur tangan Muhyiddin dan mengancam mahu menyaman bekas perdana menteri itu.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad Zahid HamidiMuhyiddin Yassin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd