• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Ujian Pantas COVID-19 Di Melaka Cukup

oleh AK-47
16/02/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka memberi jaminan bekalan kit ujian pantas (RTK-Antigen) air liur di negeri ini adalah mencukupi walaupun kes harian meningkat.

Pengarahnya, Norena Jaafar, berkata hasil pemeriksaan pihaknya juga mendapati peniaga menjual produk berkenaan di bawah harga siling ditetapkan kerajaan.

“Kebelakangan ini, kes positif COVID-19 bertambah dan menimbulkan kerisauan serta menyebabkan permintaan naik mendadak, namun saya ingin memaklumkan bahawa bekalan kit mencukupi bagi kegunaan rakyat Melaka.

“Hasil pemeriksaan KPDNHEP sejak September 2021 hingga Januari 2022, sebanyak 1,148 premis menjual kit ujian diperiksa dan secara amnya, rata-rata menjual di bawah harga siling ditetapkan kerajaan. Kami juga juga tiada menerima sebarang aduan berkaitan bekalan mahupun harga jualan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, lebih RM102,000 hasil kompaun dan denda dipungut KPDNHEP Melaka dalam tempoh 45 hari pertama tahun ini.

Norena berkata, sejak 1 Januari hingga Isnin lalu, sebanyak 6, 203 premis diperiksa pihaknya meliputi semua perniagaan, iaitu peruncit, pemborong dan pengilang serta peladang, selain menerima 91 aduan daripada pengguna, rata-ratanya membabitkan perihal barangan sebelum tindakan lanjut serta pemerhatian dijalankan segera.

“Dalam pemeriksaan KPDNHEP, sebanyak 75 kes dikesan dan daripada jumlah itu, kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 merekodkan kesalahan tertinggi dengan 54 kes, diikuti Akta Timbang dan Sukat 1972 (11), Akta Perlindungan Pengguna (7) serta Akta kawalan Bekalan (3).

“Dengan itu, kita mengeluarkan kompaun bernilai RM12,100 serta denda RM90,000 selain turut membuat rampasan dengan nilai RM1,080,” katanya menambah, kerja penguatkuasaan dan pemantauan di negeri ini membabitkan 100 penguat kuasa.

-Berita Harian

Tags: CukupKit Ujian Pantas COVID-19Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd