• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sarawak Sebulat Suara Lulus RUU Tubuh Lembaga Kemajuan Sagu Dan Nipah

oleh Mohd Arshad
16/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Sarawak memperkasa industri sagu dan nipahnya selepas Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah (SNDB), 2022 diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Usul dibaca kali ketiga oleh Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Usul berkenaan antara ialn menegaskan, sebagai pengeluaran industri sagu terbesar di dunia, Sarawak seharusnya tidak melepaskan peluang untuk terus mengangkat potensi komoditi itu.

Jelas Stephen apabila ditubuhkan nanti, lembaga itu akan membantu kerajaan negeri dalam merancang untuk daya maju dan kemampanan industri itu di negeri ini pada masa hadapan.

“Pada 2020, Sarawak mengeksport 37,884 tan metrik kanji sagu bernilai RM78.29 juta, terutamanya ke Semenanjung Malaysia dan Jepun masing-masing dengan 51.27 peratus dan 35.47 peratus daripada jumlah eksport.

“Sarawak telah mewujudkan kedudukan pasaran globalnya untuk kanji sagu dan untuk kekal berdaya saing. kerajaan perlu memastikan dan mengekalkan kelebihan pasaran dan penguasaan harga ini,” katanya.

Selari Matlamat Pembangunan Mampan 1(SDG1) aitu tumpuan kepada keselamatan makanan, ia juga selari dengan SDG14 berkenaan pemulihan dan pembangunan mampan.

Dengan erti kata lain, sagu dan nipah bukan sahaja untuk industri makanan, tetapi juga penghasilan produk mesra alam seperti bungkusan terbiodegrasi.

“Saya optimis, dengan penubuhan rang undang-undang ini, pelaksanaan semua inisiatif dan program pembangunan kerajaan akan lebih fokus, berkesan dan cekap.

“Ini akan membawa kepada peningkatan dalam produktiviti, penggunaan teknologi baharu dan menggalakkan pembangunan teratur sektor huluan dan hiliran.

“Terutamanya dalam melaksanakan dan mempromosikan komoditi ini dan aktiviti berkaitannya untuk pekebun kecil di Sarawak,”ujarnya.

-Awani

Tags: Dun SarawakLembaga Kemajuan Sagu Dan NipahRUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd