• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moderna Rancang Tubuh Anak Syarikat Baharu Di Malaysia

oleh AK-47
16/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Syarikat bioteknologi yang merintis terapeutik dan vaksin messenger RNA (mRNA), Moderna, Inc hari ini mengumumkan rancangan untuk menubuhkan anak syarikat baharu di Malaysia, disertai tiga anak syarikat lain di Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

Pengumuman tersebut mengukuhkan kehadiran sedia ada Moderna di rantau ini dengan pejabat di Jepun, Korea Selatan dan Australia selain menunjukkan komitmen berterusannya terhadap rantau Asia-Pasifik sebagai bahagian penting dalam strategi jangka panjang dan visi komersialnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel berkata anak syarikat itu akan membantu menyampaikan penyelesaian mRNA kepada rakyat Malaysia.

“Malaysia merupakan peserta yang semakin berkembang dalam industri farmaseutikal dan bioteknologi.

“Kami berharap dapat meneroka peluang kerjasama tempatan memandangkan Moderna sedang meluaskan jejaknya di rantau Asia-Pasifik.

“Saya teruja untuk membina pasukan yang kukuh, yang dapat memenuhi potensi serantau dan menyampaikan platform mRNA yang kami tawarkan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut syarikat itu, rancangan untuk menubuhkan anak syarikat tempatan mencerminkan keyakinan pihaknya terhadap trajektori pertumbuhan semasa industri farmaseutikal dan kesihatan di Malaysia.

Ia menambah, Moderna juga terdorong dengan komitmen kerajaan tempatan terhadap penyelidikan dan pembangunan bioteknologi.

Moderna sedang aktif mengambil pekerja untuk membentuk pasukan bagi membina penyertaan yang kukuh dalam pasaran apabila pembekalan terapeutik mRNA syarikat berkembang, jelasnya.

Moderna menambah, pembekalannya adalah luas, merangkumi 40 program pembangunan dengan 25 daripadanya sedang berada di peringkat ujian klinikal.

Pihaknya terus mengemas kini strategi COVID-19 untuk menangani varian yang menjadi kebimbangan seperti Omicron di samping mempelopori vaksin dan terapeutik baharu untuk pelbagai penyakit dan keadaan, tambahnya.

“Moderna sedang membangunkan ubat-ubatan mRNA yang berpotensi mencegah dan merawat penyakit dengan keperluan ketara yang belum dipenuhi, merentasi penyakit berjangkit, imuno-onkologi, penyakit yang jarang dan amat jarang jumpa, serta penyakit autoimun,” menurutnya.

Moderna mempunyai operasi di 12 pasaran di seluruh dunia.

Pihak-pihak pengawal selia bagi lebih 70 pasaran telah meluluskan vaksin COVID-19 Moderna, termasuk sekurang-kurangnya 19 di rantau Asia-Pasifik.

Pada Ogos 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan kelulusan bersyarat bagi vaksin COVID-19 Moderna untuk kegunaan kecemasan.

Bernama-

Tags: ModernaStephane Bancelsyarikat bioteknologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Moderna Tawar 2 Vaksin COVID-19 Tangani Varian Baharu

Moderna Tawar 2 Vaksin COVID-19 Tangani Varian Baharu

12/07/2022
0

WASHINGTON : Moderna Inc (Moderna) memaklumkan ia sedang membangunkan dua jenis vaksin COVID-19 bagi menentang varian Omicron, satu bagi varian...

Vaksin COVID-19 Moderna Selamat Untuk Kanak-Kanak – FDA

11/06/2022
0

WASHINGTON : Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat berkata vaksin COVID-19 Moderna Inc dibuktikan selamat dan berkesan untuk digunakan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd