• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Naik Bukan Sengaja Takutkan Pengundi – Wan Saiful

oleh Mohd Arshad
15/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyatakan kebimbangan mengenai peratusan yang akan keluar mengundi pada 12 Mac dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ini kerana, katanya, ada cubaan untuk menakut-nakutkan pengundi untuk tidak pulang ke kawasan mengundi mereka.

“Saya tidak percaya dengan pandangan sesetengah pihak bahawa bilangan kes positif Covid-19 sengaja dinaikkan oleh Kementerian Kesihatan untuk menakutkan pengundi. Tuduhan itu tidak wajar.

“Jika rakyat takut atau tidak peduli untuk keluar mengundi, maka UMNO akan bersorak gembira,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

Beliau mendakwa, strategi UMNO ialah memaksimumkan pengundi teras mereka yang keluar mengundi kerana kebanyakan pengundi teras parti itu menetap di kawasan mereka.

“Jika pengundi yang menetap di luar tidak balik mengundi, maka UMNO akan gembira kerana yang menetap di luar kawasan ramai yang menyokong Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH), bukan menyokong UMNO.

“Di Melaka itulah yang memenangkan UMNO apabila mereka yang menetap di luar kawasan tidak balik mengundi. Fenomena ini UMNO harap berulang kembali di Johor,” katanya.

Justeru, beliau menyeru pengundi yang menetap di luar kawasan supaya merancang untuk balik mengundi pada 12 Mac nanti.

“Ini peluang untuk menentukan masa depan negeri Johor. Jangan lepaskan peluang ini dan pastikan undi anda adalah untuk menghentikan sifat tamak dan bongkak UMNO dan Barisan Nasional (BN), katanya.

-Utusan Online

Tags: Kes COVID-19 NaikpengundiPRN JohorWan Saiful
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd