• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan 15 Tahun Dituduh Membunuh Bayi

oleh Mohd Arshad
15/02/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya di daerah ini pada minggu lalu.

Dia yang memakai baju T dan seluar berwarna hitam mengangguk faham sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Berdasarkan pertuduhan, remaja perempuan berkenaan didakwa membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di daerah ini antara pukul 7 pagi hingga 9 pagi pada 8 Februari lalu.

Remaja perempuan tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kosmo! 9 Februari lalu melaporkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan kerana disyaki menikam bayi lelaki yang dilahirkannya sehingga mati.

Difahamkan anak tunggal yang menetap berdua bersama ibunya itu telah keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu.

-Kosmo Online

Tags: DituduhMembunuh Bayiremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd