• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sarawak: Enam ADUN Pembangkang Angkat Sumpah

oleh AK-47
14/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok parti pembangkang turut mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Sarawak ke-19 yang berlangsung hari ini.

Persidangan pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini menyaksikan kehadiran enam orang Ahli Dewan Biasa masing-masing empat daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan dua daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Jumlah ini berkurangan selepas kekalahan beberapa kerusi parti pembangkang kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) antaranya di DUN Tanjung Batu, Pelawan, Bukit Assek, Pujut, Krian dan Kota Sentosa.

Selepas PRN-11 pada tahun 2016 lalu, blok pembangkang diwakili seramai 13 ADUN termasuk wakil rakyat yang menyertai PSB sebelum PRN12.

Blok pembangkang di Sarawak kini didominasi oleh calon PSB yang diwakili Presidennya , Datuk Seri Wong Soon Koh (DUN Bawang Assan), Timbalan Presiden PSB Dr Johnical Rayong Ngipa (DUN Engkelili), Ahli Parlimen Selangau Baru Bian (DUN Ba’kelalan) dan Ahli Majlis Tertinggi PSB, See Chee How (DUN Batu Lintang).

Sementara wakil DAP di dalam dewan persidangan hanya melalui Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen (DUN Padungan) dan Violet Yong Wui Wui (DUN Pending).

PSB adalah parti baharu yang dijenamakan semula daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) pada tahun 2019 dan menjadi parti bebas sepenuhnya selepas Soon Koh meletak jawatan sebagai menteri kabinet negeri pada Julai tahun yang sama.

PRN Sarawak ke-12 pada 18 Disember 2021 menyaksikan kemenangan besar GPS dengan 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan sekaligus mengekalkan mandat sebagai kerajaan negeri untuk lima tahun lagi sehingga PRN ke-13.

-Awani

Tags: ADUN Pembangkangangkat sumpahDun Sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

Istiadat Angkat Sumpah Exco Negeri Sembilan Berlangsung Esok

23/08/2023
0

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan berlangsung esok. (Ada rancangan nak melancong…atau ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd