• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang DUN Sarawak Bermula, Abang Jo Ketuai Angkat Sumpah ADUN

oleh Mohd Arshad
14/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 bermula hari ini dengan upacara angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) pada 18 Disember lalu.

Majlis Mengangkat Sumpah dan Pengurniaan Watikah Pelantikan jawatan itu diketuai Ketua Menteri Sarawak yang juga ADUN Gedong, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di hadapan Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Persidangan kali ini tidak membabitkan upacara perasmian oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud kerana ia akan diadakan kemudian pada tarikh yang ditentukan oleh kerajaan negeri.

Persidangan kali ini bakal menyaksikan pindaan perlembagaan Sarawak bagi menamakan jawatan Ketua Menteri Sarawak sebagai ‘Premier’ akan dicadangkan.

RUU berkenaan melibatkan pindaan Perkara 9(3) Perlembagaan yang antara lin enggantikan perkataan ‘Ketua Menteri’ dangan perkataan ‘Premier’.

RUU ini juga mencadangkan pindaan ke atas Perkara 7A Perlembagaan Negeri bagi mengubah pellantikan ‘Menteri Muda’ kepada ‘Timbalan Menteri’.

RUU lain yang bakal dibentang ialah RUU Perbekalan Tambahan (2021), 2022; RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan), 2022; RUU Tafsiran (Pindaan), 2022; RUU Lembaga Kemajuan Sagu dan Nipah, 2022 dan RUU Lembaga Perindustrian Getah Sarawak, 2022.

Bacaan pertama bagi kesemua RUU ialah pada hari kedua persidangan iaitu Selasa.

18 Disember lalu, Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sejurus Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 76 daripada 82 kerusi pada PRN-12 .

Beliau kemudian mengumumkan barisan kabinet baharu Sarawak pada 30 Disember yang terdiri daripada 10 menteri dan 26 menteri muda dengan 12 daripadanya adalah muka baharu.

-Awani

Tags: abang joAngkat Sumpah ADUNSidang DUN Sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Petros, PETRONAS: Abang Jo Jawab Petang Ini

Isu Petros, PETRONAS: Abang Jo Jawab Petang Ini

15/01/2025
0

KOTA SAMARAHAN : Premier Sarawak akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini sebagai maklum balas kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Sidang DUN Sarawak: Cadangan Belanjawan 2024 Berjumlah RM13.601 Bilion

Sidang DUN Sarawak: Cadangan Belanjawan 2024 Berjumlah RM13.601 Bilion

20/11/2023
0

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak membentangkan anggaran cadangan Belanjawan Sarawak 2024 sebanyak RM13.601 bilion dengan peningkatan sebanyak 18 peratus atau RM2.098...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd