• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Maut Bom Gugur Dari Pesawat Perang Myanmar

oleh Ahmad Albab
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Empat orang maut di barat daya wilayah Yunnan semalam selepas sebutir bom digugurkan dari pesawat perang Myanmar, beberapa hari selepas Beijing memberi amaran terhadap keganasan di sempadan, lapor media.

Agensi berita Xinhua berkata, bom itu meletup di ladang tebu di bandar Lincang menyebabkan empat pekerja terkorban dan sembilan lagi mengalami kecederaan.

Kejadian berlaku selepas kementerian luar China berkata, sebuah rumah di Yunnan terkena peluru di seberang sempadan Myanmar di mana tentera kerajaan bertempur dengan pemberontak.

Beijing sebelum ini memberi amaran berkaitan ancaman kestabilan di sempadan selepas perbalahan etnik memuncak di wilayah Kokang, timur laut wilayah Shan, Myanmar,

Bulan lalu, Myanmar mengisytiharkan darurat di Kokang sebagai tindak balas terhadap konflik yang meletus pada 9 Februari lalu.

Kekacauan yang berlaku menyebabkan bandar utama Kokang, Laukkai lengang kerana ia menjadi pusat pertempuran termasuk jalan raya yang selama ini menjadi nadi komuniti menjalankan rutin harian bertukar menjadi medan perang.

Lebih 30,000 orang melarikan diri dari Myanmar untuk menyeberang masuk ke wilayah Yunnan.

Agensi berita itu pada pagi ini melaporkan, Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhenmin malam tadi meminta Duta Myanmar, Thit Linn Ohn bertemu untuk melahirkan bantahan terhadap kematian di ladang tebu berkenaan. – AFP

Tags: BomMyanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena...

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd