• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKEA Tarik Balik Buaiannya Dari Pasaran, Pulangkan Wang

oleh Ahmad Albab
18/09/2014
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – IKEA hari ini menggesa pelanggannya yang mempunyai buaian kanak-kanak GUNGGUNG agar segera membuka buaian itu dan mengembalikan peralatan tersebut ke kedai IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya.

IKEA menerima laporan tentang insiden membabitkan buaian itu yang menunjukkan alat untuk menggantung GUNGGUNG tidak memenuhi kriteria kualiti IKEA dan boleh membawa risiko kecederaan.

“Di IKEA, kami hanya menjual produk yang kami akan beri kepada anak-anak kami sendiri, akan tetapi walaupun kami telah menjalankan ujian mengikut standard dan peraturan yang ditetapkan, kami juga melakukan kesilapan.

“Sehubungan kami menarik balik buaian GUNGGUNG bagi mengelakkan lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku,” kata Pengurus Sektor Perniagaan untuk Produk Kanak-kanak IKEA, Cindy Andersen dalam kenyataan.

IKEA turut memohon maaf atas sebarang kesulitan berhubung isu itu.

Buaian itu yang dijual di IKEA Malaysia sejak 1 Apil 2014, boleh dikembalikan ke kedai IKEA dan bukti pembelian atau resit tidak diperlukan untuk bayaran balik sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Pelanggan IKEA menerusi talian 03-7726 7777. – BERNAMA

Tags: IKEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Harga Produk Ikea Meningkat 9 Peratus Tahun Ini

01/01/2022
0

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan peratus bagi tahun ini yang melibatkan semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd