• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Pemimpin Bersatu Pulang Ke UMNO Satu Proses Pemulihan

oleh Mohd Arshad
07/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menganggap kembalinya pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai satu proses ‘pemulihan’.

Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau turut dimaklumkan lebih ramai lagi pemimpin Bersatu bersedia untuk berbuat demikian.

Katanya lagi, tindakan kumpulan berkenaan ibarat ‘belut pulang ke lumpur, dan sirih pulang ke gagang’, yang mana Annuar berkata UMNO sendiri harus terbuka untuk menyambut kepulangan mereka.

“Kita ahli dan penyokong setia parti harus membuka pintu, menyambut kepulangan ini.

“Mudah-mudahan ia turut merintis kepulangan dukungan rakyat keseluruhannya terhadap parti keramat warisan bangsa ini.

“Dalam sejarah politik negara, parti serpihan biasanya berjuang di bawah dukungan personaliti, bukan organisasi atau idealogi. Lazimnya,hayatnya juga tidak lama.

“Namun UMNO adalah sebuah parti berakar umbi, punya organisasi dan tidak terlalu bergantung kepada personaliti.

“Kepimpinan sering ‘patah tumbuh hilang berganti’,” katanya lagi.

Annuar, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, Umno harus terus bersikap terbuka kerana UMNO itu harus memimpin.

-Awani

Tags: BERSATUPemimpin BERSATUPRN JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd