• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Nafi Dalang Dua ADUN, Ahli Bersatu Keluar parti

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR GUDANG – UMNO menafikan sebagai dalang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, banyak tohmahan tidak berasas dilemparkan terhadap UMNO yang didakwa ‘membeli’ mereka atau menawarkan habuan untuk keluar parti.

Beliau menegaskan, tindakan dua ADUN dan ahli Bersatu keluar parti adalah atas kerelaan serta kemahuan mereka sendiri tanpa paksaan.

“Ini bukan cara UMNO, beri habuan, bayar, buat gimik dan lakonan. Saya percaya ini tindakan daripada hati ikhlas yang mahu Melayu terus bersama dan tidak berpecah.

“Saya percaya keputusan diambil mereka adalah kerana keyakinan dan kepercayaan bahawa hanya UMNO dan BN yang mampu membawa kestabilan dan kesejahteraan kepada semua pihak,” katanya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pasir Gudang itu berkata demikian pada sidang akhbar dalam majlis pembubaran Bersatu Cawangan Molek Harmoni di Taman Desa Harmoni di sini pada malam Sabtu.

Bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan bekas ADUN Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keluar Bersatu serta merta pada 27 dan 29 Januari lalu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu.

Pada 30 Januari, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Johor, Mohd Solihan Badri mendakwa, terdapat parti politik tertentu dipercayai menjadi dalang terhadap tindakan itu untuk menjejaskan kewibawaan Bersatu dalam menghadapi PRN Johor.

Sementara itu, bekas ketua cawangan itu, Mohd Zahid Ismail, 48, memberitahu, seramai 50 ahli keluar parti serta-merta dan mereka semuanya menyerahkan borang kemasukan UMNO Cawangan Taman Desa Harmoni.

Jelasnya, tindakan itu dibuat kerana pihaknya kecewa dengan kepimpinan Bersatu peringkat negeri yang mengabaikan mereka sejak kira-kira dua tahun menubuhkan cawangan tersebut

-Sinar Harian

Tags: adunBERSATUkeluar partiPRN JohorUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menyindir kemelut yang melanda PAS dan BERSATU dengan...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd