• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peremajaan Sektor Awam, Beri Peluang Generasi Muda

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan seharusnya melakukan ‘peremajaan’ dalam sektor perkhidmatan awam dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan kepercayaan kepada generasi muda melaksanakannya, kata Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin.

Bukan bermaksud menidakkan peranan penjawat awam yang sedia ada, beliau berkata saranan ‘peremajaan’ itu bertujuan memberi suntikan baharu kepada sistem penyampaian kerajaan, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam mutu perkhidmatan awam dan menangani masalah pengangguran di kalangan generasi muda.

Beliau berkata generasi muda hari ini mempunyai kebolehan tersendiri malah rata-rata mereka berpendidikan tinggi, yang boleh digunakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

“Saya tidak bersetuju kalau umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan lagi kerana bagi saya kerajaan juga harus memikirkan nasib generasi muda yang kini berdepan dengan masalah pengangguran.

“Adalah lebih baik jika ada cadangan supaya menurunkan had umur persaraan penjawat awam untuk bersara lebih awal, sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh generasi muda,” katanya kepada Bernama berhubung cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika mengulas perkara itu berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk menyambung umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan usia persaraan masa kini sudah memadai.

Muammar Ghadafi berkata lebih banyak peluang perlu diberikan kepada generasi muda untuk membolehkan mereka menimba pengalaman berkhidmat dalam sektor awam dan sebagai usaha melahirkan sumber tenaga berkemahiran serta berketerampilan.

“Pengalaman itu tidak akan datang jika mereka (generasi muda) tidak diberikan kesempatan untuk merasai sendiri bagaimana dunia pekerjaan itu. Lebih menyukarkan jika kita sentiasa menutup peluang yang ada, maka sampai bila-bila pun peluang itu tidak akan dapat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Beliakerjaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd