• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: BERSATU Masih Runding Pengagihan Kerusi

oleh Mohd Arshad
05/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG: Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) masih dalam perundingan dengan parti gabungannya di Perikatan Nasional (PN) untuk pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) BERSATU, Datuk Rosol Wahid berkata, perundingan dengan semua presiden parti dalam gabungan PN masih dijalankan dan calon akan diumumkan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya.

Bagaimanapun, katanya, calon yang akan ditonjolkan oleh PN bebas daripada kluster mahkamah dan akan diterima pengundi.

“Setakat ini perundingan antara semua presiden parti masih berjalan, termasuk jumlah kerusi yang akan ditandingi parti gabungan PN,” katanya kepada media pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM), di Dataran Kuala Ping, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia.

Mengulas lanjut, Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, perundingan awal antara semua presiden parti dalam PN memutuskan pengagihan kerusi akan dilakukan secara adil dan mengikut kehendak pengundi.

“Jumlah kerusi untuk PAS, BERSATU dan parti lain dalam PN untuk PRN Johor akan dimuktamadkan selepas perundingan selesai dilakukan.

“Calon yang akan ditonjolkan oleh PN untuk bertanding di semua kerusi pada PRN Johor mampu membawa inspirasi dan memenuhi kehendak rakyat negeri itu,” katanya.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, semua calon yang akan dikemukakan semua parti dalam PN untuk bertanding pada PRN Johor akan melalui proses saringan terutama bebas dari gejala rasuah dan jenayah.

“Proses saringan semua calon yang akan dikemukakan parti dalam PN akan dilakukan bagi memastikan mereka bebas daripada kluster mahkamah dan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

BHonline-

Tags: BERSATUpengagihan kerusiPNPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd