• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembabitan Pejuang Dalam PRN Johor Satu Amanah

oleh Mohd Arshad
05/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pembabitan parti Pejuang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh setiap ahli parti itu.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohammad, dalam surat kepada ahli parti itu yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama dalam menghadapi PRN Johor berikutan masih perlu mendapatkan rawatan di hospital.

“Saya juga berdoa agar perjuangan kita akan sentiasa dirahmati dan mendapat keredaan Allah SWT.

“Teruskan perjuangan dan jangan sesekali kita mundur, tidak kira apa rintangan dan cabaran yang mendatang,” katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun tidak dapat bersama pada pilihan raya negeri itu, semangat dan jiwa beliau mengiringi ahli parti dalam setiap langkah yang diambil.

“Bagi saya perjuangan untuk negara tidak pernah ada noktah seperti juga melaksanakan ibadah yang perlu.

“Perjuangan juga bagi saya satu ibadah, malahan satu amanah yang perlu kita pikul selagi hayat dikandung badan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir yang menyatakan beliau kini beransur pulih turut mengucapkan terima kasih kepada ahli parti dan seluruh rakyat di negara ini, yang mendoakan kesihatannya.

“Insya-Allah, saya akan kembali pulih seperti sedia kala dan kita akan bertemu dan bersama-sama meneruskan perjuangan,” katanya.

Bernama-

Tags: pejuangPRN JohorTun Dr Mahathir Mohammad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd