• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekurangan Bekalan Bahan Mentah Ketika Ini Bersifat Sementara

oleh Mohd Arshad
05/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kekurangan bekalan beberapa bahan mentah seperti ayam dan telur yang sedang dialami pengguna ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka pulih sebaik industri yang terlibat kembali beroperasi selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Shamsul Nizam Khalil berkata jangkaan itu mengambil kira ramai pekerja ladang ternakan dan pejabat bercuti panjang sempena perayaan itu.

“Menerusi pemantauan, memang berlaku kekurangan bekalan bahan mentah di beberapa lokasi dalam negara yang berlaku kerana banyak faktor antaranya pihak industri tidak dapat menampung permintaan yang tinggi dan disebabkan cuti panjang.

“Namun kita percaya keadaan ini sementara dan kita bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga sedang berusaha untuk mengawal keadaan (mengatasi masalah),” katanya pada rancangan Ruang Bicara Bahas membincangkan topik ‘Pengguna Resah Harga Bahan Mentah Naik’ yang disiarkan Bernama TV malam tadi.

Shamsul Nizam berkata kenaikan harga bahan mentah ketika ini selain dipengaruhi faktor permintaan dan penawaran dalam pasaran, juga banyak berkait dengan kos pengangkutan yang tinggi ketika negara mengimport bahan mentah dari luar negara.

“Ini yang menjadi punca kepada kenaikan dan disebabkan itu kerajaan perlu mengenakan harga kawalan walaupun tahu kawalan ini bukan sesuatu yang sihat untuk sepanjang masa.

“Ia (kawalan harga) hanya akan dilakukan apabila kerajaan menjangkakan berlaku peningkatan harga bahan mentah yang mengganggu pengguna dan bekalan seperti yang berlaku sekarang,” katanya.

Baru-baru ini, terdapat beberapa negeri dilaporkan mengalami masalah bekalan ayam dan telur yang tidak mencukupi sehingga memberi tekanan kepada peniaga dan pengguna kerana harga yang dikenakan terhadap bahan mentah itu tinggi, memaksa kerajaan melakukan intervensi.

-Awani

Tags: Bahan MentahKekurangan Bekalan Bahan Mentah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd