• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Integriti, Kredibiliti Kriteria Calon PN

oleh Mohd Arshad
04/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kluang : Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dipilih berdasarkan integriti dan kredibiliti yang tidak diragui serta mewakili pelbagai golongan, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata, PN bakal meletakkan calon daripada golongan belia, wanita dan ahli parti gabungan itu yang berpengalaman serta pemimpin dikenali.

“Kami gabungkan dan adunkan calon-calon ini supaya dapat menjadi ‘tarikan’ kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Kampung Sri Lukut, dekat sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, bagaimanapun senarai calon masih dalam perbincangan dan akan diumumkan pada masa yang sesuai.

“Tentang bilangan calon, kami terima cadangan daripada pemuda, wanita dan bahagian-bahagian PN. Semua ini dipertimbangkan dan kami pastikan yang dipilih adalah terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat Johor,” katanya.

Mengenai persiapan menghadapi PRN Johor, beliau berkata, semua jentera PN sudah bersedia untuk bergerak membantu bakal calon dalam berkempen.

PRN Johor bakal diadakan tidak lama lagi susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 22 Jan lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya berkenaan pada 9 Februari ini.

-Harian Metro

Tags: Calon PNPNPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd