• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Sedang Teliti Calon PRN Johor

oleh AK-47
02/02/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK: Calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti akan dipilih berdasarkan tiga kriteria utama.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa perbincangan sudah dilakukan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Menurutnya, kriteria calon seperti yang digunakan pada PRN Melaka lalu iaitu ‘winnable’ (boleh menang), ‘acceptable’ (boleh diterima) dan ‘likeable’ (disenangi) masih digunakan dalam pemilihan calon bagi mewakili parti itu pada PRN Johor.

“Setakat ini kita masih terus meneliti calon yang berpotensi di setiap kawasan DUN berdasarkan prinsip kebolehmenangan, penerimaan dan dari segi yang mana pengundi boleh menyukai calon itu.

“(Bagi calon daripada UMNO) kita sudah meminta Menteri Besar (Hasni Mohammad) untuk berunding dengan setiap ketua UMNO bahagian kerana perlembagaan UMNO menentukan bahawa sebarang calon mestilah selepas berbincang dengan ketua UMNO bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemegang amanah dan waris lot tanah Hutan Melintang di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, PRN Johor tidak akan mengikut acuan PRN Melaka sebelum ini kerana ia akan berdasarkan landskap politik di negeri itu.

“Tentunya acuan di Melaka sesuai (untuk) di Melaka, acuan di Johor (akan) dipersesuaikan mengikut landskap politik Johor.

“Acuan tidak semestinya ikut Melaka. Di Melaka muka baru 87 peratus, berkelulusan tinggi lebih daripada 84 peratus, manakala yang berumur 50 tahun ke bawah lebih 85 peratus. Acuan ini tidak digunakan (di Johor) kerana landskap politiknya berbeza.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, mengenai pembahagian kerusi BN dengan parti komponen ia akan mengikut panduan lama.

“Kita mempunyai panduan yang lama kecuali kerusi yang dahulunya ditandingi oleh Gerakan kita akan ambil semula atas nama BN,” katatanya.

BHonline-

Tags: BNCalon PRN JohorPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd