• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MUIP Sedia RM170.9 Juta Untuk Asnaf

oleh Mohd Arshad
01/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sudah mengagihkan bantuan zakat lebih RM170.9 juta kepada lapan asnaf dalam bentuk kewangan, barangan keperluan, membina dan membaiki rumah serta program keagamaan setakat pertengahan Disember lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata bantuan tertinggi diberikan MUIP sepanjang tahun lalu membabitkan Fisabilallah (jalan Allah) berjumlah lebih RM67.1 juta, diikuti golongan fakir dan miskin lebih RM76.4juta.

Beliau berkata, individu yang dilantik sebagai amil turut menerima bantuan lebih RM16.3 juta, manakala lebih RM10.3 juta diagihkan kepada golongan fakir, seterusnya mualaf (RM5.6 juta).

Katanya, tidak ketinggalan lebih RM5.2 juta disediakan kepada golongan gharimin atau individu yang mempunyai hutang, bantuan untuk Riqab (RM363,580) dan Ibnu Sabil (RM361,310).

“Kita sentiasa berusaha menyediakan bantuan diperlukan golongan asnaf di negeri ini, namun disebabkan tidak mempunyai maklumat lengkap menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan kepada mereka terbabit.

“Kerjasama masyarakat setempat termasuk ketua kampung dan penghulu amat diperlukan untuk memberi maklumat mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

Asmadi berkata, tahun lalu pihaknya menyediakan peruntukan lebih RM40.9 juta untuk program pembangunan pendidikan dan lebih RM7.4 juta untuk program pembangunan masjid, surau serta tanah kubur.

“Perbelanjaan lebih RM1.8 juta digunakan untuk program kesihatan yang membabitkan bantuan mendapatkan rawatan termasuk menyediakan peralatan seperti katil, kerusi roda, anggota palsu dan alat bantuan pernafasan.

“MUIP menyediakan peruntukan lebih RM7.4 juta bagi menjayakan program dakwah dan pengurusan mualaf membabitkan bayaran sagu hati dan bantuan bulanan dalam tempoh tertentu.

“Jumlah bantuan disediakan MUIP setiap tahun bergantung kepada jumlah bayaran zakat diterima Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang,” katanya yang berharap lebih ramai pembayar zakat tampil di negeri ini.

-Berita Harian

Tags: asnafMUIP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MUIP Sedia Bantu Ahli GISBH Bebas Siasatan, Dakwaan Mahkamah, Hidup Dalam Kesempitan

MUIP Sedia Bantu Ahli GISBH Bebas Siasatan, Dakwaan Mahkamah, Hidup Dalam Kesempitan

03/10/2024
0

KUANTAN : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedia membantu ahli GISB Holdings (GISBH) selepas bebas daripada...

Penerima Zakat Miliki Simpanan Ratusan Ribu, MUIP Laksana Pemutihan

Penerima Zakat Miliki Simpanan Ratusan Ribu, MUIP Laksana Pemutihan

12/08/2023
0

Kuantan : Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengenal pasti terdapat penerima bantuan zakat bulanan daripada agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd