• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Kempen Pemilu 2024 Disingkatkan Empat Bulan

oleh Mohd Arshad
01/02/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU), Ilham Saputra memberi jaminan tempoh kempen bagi Pilihan Raya Umum (Pemilu) Indonesia 2024 akan berlangsung selama 120 hari atau empat bulan sahaja.

Lapor Kompas.com, Pemilu tersebut akan berlangsung lebih pendek berbanding tempoh 15 minggu pada 2014 dan enam bulan, 2019.

Pengumuman itu dibuat susulan mendapat permintaan daripada beberapa parti politik yang mahu tempoh kempen Pemilu dipendekkan.

“Undang-Undang Nombor 7/2017 berhubung pilihan raya tidak memperuntukkan sebarang peraturan khas mengenai tempoh berkempen.

“Oleh itu, ketetapan tempoh berkempen adalah menjadi hak pengendali pilihan raya,” katanya.

Cadangan memendekkan tempoh berkempen itu selari dengan pandemik Covid-19 yang belum berakhir sekali gus mengelakkan sebarang lonjakan kes berlaku.

Bagaimanapun, Ilham berkata, terdapat beberapa peringkat yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan tempoh berkempen.

Jelasnya, dua proses itu melibatkan Mahkamah Pentadbiran Pilihan Raya dan proses persediaan logistik.

Berhubung soal pertikaian penamaan calon, Ilham berkata, isu tersebut kebiasaannya akan diselesaikan oleh parti politik yang bertanding atau calon berkaitan kepada Badan Pemantau Pilihan Raya (Bawaslu) dan Mahkamah Pentadbiran selepas penentuan senarai calon tetap oleh KPU.

-Utusan Online

Tags: Tempoh Kempen Pemilu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd