• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedutaan Malaysia Di Seoul Beroperasi Semula

oleh Mohd Arshad
30/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan akan kembali beroperasi seperti biasa bermula esok setelah ditutup sementara waktu pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan Ketua Canserinya yang turut disiarkan Wisma Putra di sini hari ini, segala perkhidmatan konsular di kedutaan tersebut juga bakal dibuka semula.

“Pihak kedutaan ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi perkhidmatan kecemasan di Republik Korea,” jelasnya.

Bangunan canseri diplomatik Malaysia terletak di daerah Hannam-dong itu mengalami kebakaran kecil di tingkat dua pada pukul 9.38 pagi waktu tempatan, Jumaat lepas.

Agensi berita rasmi Yonhap melaporkan, kebakaran itu berjaya dipadam dalam tempoh 17 minit dan insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ia dipercayai berpunca daripada alat pemanas di aras tersebut dan menyebabkan kira-kira 20 orang yang berada dalam kedutaan berkenaan dipindahkan segera ke kawasan selamat.

Pihak berkuasa negara tersebut dilaporkan mendapati kesan kebakaran kecil berkenaan turut memusnahkan sebahagian dinding pejabat di bangunan yang berusia 40 tahun itu.

“Kedutaan berterima kasih kepada Pasukan Perkhidmatan Bomba Korea dan Agensi Polis Metropolitan Seoul atas tindakan pantas dalam mengawal insiden kebakaran. Dua pihak terbabit turut memastikan keselamatan semua kakitangan Kedutaan Besar Malaysia terus selamat malah terpelihara dengan baik sepanjang kejadian tersebut,” katanya.

-Utusan Online

Tags: BeroperasiKedutaan MalaysiaSeoul
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPWKM Kaji Semula JKMPay

Next Post

PRN Johor: UMNO Tidak Tawar Habuan Bekas ADUN Bersatu Keluar Parti

Related Posts

SPRM Tahan Dua Pegawai Di Kedutaan Malaysia Di Bangladesh

SPRM Tahan Dua Pegawai Di Kedutaan Malaysia Di Bangladesh

20/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang bertugas di Kedutaan Malaysia di...

Kedutaan Malaysia Di Mesir Beli Dua Lot Tanah Perkuburan

Kedutaan Malaysia Di Mesir Beli Dua Lot Tanah Perkuburan

16/08/2022
0

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir mengambil inisiatif membeli dua lot tanah perkuburan di negara itu susulan kos...

Next Post

PRN Johor: UMNO Tidak Tawar Habuan Bekas ADUN Bersatu Keluar Parti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd