• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Muktamad Agihan Kerusi Bersama PAS Dan Gerakan Seminggu Lagi

oleh Mohd Arshad
27/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAGOH : Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan kerusi bersama parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dalam tempoh seminggu lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu akan diputuskan selepas selesai rundingan bersama rakan dalam parti gabungan termasuk Pas serta Parti Gerakan Rakyat Semalaysia (Gerakan).

“Kita hampir selesai (agihan kerusi), tetapi (mesyuarat) tadi belum selesai yang mana ada sedikit pertindihan kepentingan antara parti-parti dan soal itu akan diselesaikan pasukan ‘negotiator’.

“Tetapi (keseluruhannya) belum dimuktamadkan hingga diselesaikan pimpinan parti komponen PN masing-masing di peringkat Pusat dan saya jangkakan semua ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PN Johor di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pagoh di sini pada Khamis.

Mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam itu turut dihadiri Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin dan Pengerusi Gerakan Negeri, Datuk Teo Kok Chee.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN Johor berkata, gabungan parti itu tidak akan memberikan laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, ini kerana kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang menunjukkan rakyat menolak parti berkenaan perlu diambil kira.

“Saya ambil pendirian bahawa walaupun PN ‘underdog’, tetapi kita tidak boleh memberi laluan mudah kepada UMNO untuk membentuk kerajaan negeri begitu sahaja.

“Saya nak mengingatkan dalam PRU lalu pun mereka kalah dan dapat dilihat orang Johor sudah bertindak begitu yang membuktikan mereka (rakyat) peka tentang apa yang mereka mahu,” katanya lagi.

-Awani

Tags: GerakankerusiPASPNPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd