• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlalu Awal Komen Isu Calon MB Johor – Maszlee Malik

oleh Mohd Arshad
27/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik masih enggan memberi sebarang komen berhubung khabar angin yang mengatakan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bekas Menteri Pendidikan itu sebaliknya berkata, hal itu (soal calon MB) masih terlalu awal untuk dibincangkan kerana PRN Johor belum berlangsung.

“Terlalu awal untuk bicara isu Menteri Besar. Fokus untuk memenangi PRN dahulu.

“Pelantikan Menteri Besar adalah kuasa mutlak Tuanku Sultan (Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar),” tulisnya ringkas dalam laman sosial Twitter rasmi miliknya.

Baru-baru ini terdapat khabar angin mengatakan Maszlee bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baharu sekiranya PH berjaya menubuhkan kerajaan dalam PRN akan datang.

Tambah Maszlee dalam akaun twitternya, beliau tiada maklumat berhubung perkara itu sebaliknya hanya akan menurut arahan kepimpinan parti.

“Saya tiada info tentang apa yang diperkatakan (calon Menteri Besar). Saya hanya menurut arahan parti apapun keputusan kepimpinan,” jelasnya.

Pada 27 November tahun lalu, Maszlee mengumumkan menyertai PKR ketika beliau menghadiri program Jelajah Presiden yang dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan JKKK Kampung Baru Machap, Kluang.

Beliau menyifatkan penyertaan dalam PKR itu ibarat sirih pulang ke gagang apabila mendedahkan pernah didaftarkan sebagai ahli parti itu bagi Cabang Ampang pada tahun 2017.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya akan bermesyuarat berkenaan PRN Johor pada 9 Februari depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkenaan PRN Johor.

-Utusan Online

Tags: PRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd