• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 PPV Lembah Klang Tawar Dos Penggalak Datang Terus, Bermula Esok

oleh Mohd Arshad
26/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara datang terus (walk-in) akan dibuka kepada semua penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang, bermula esok.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan ini bagi mempertingkatkan lagi kadar pengambilan dos penggalak dan memastikan lebih ramai penduduk di Lembah Klang mendapat perlindungan imuniti yang optimum terhadap jangkitan Covid-19 termasuk ancaman varian Omicron.

Katanya, empat PPV Integrasi iaitu di World Trade Centre, Kuala Lumpur; Axiata Arena, Bukit Jalil; Ideal Convention Centre, Shah Alam; dan Dewan Soka Gakkai, Klang yang telah bermula 15 Januari lalu.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan – Dos Penggalak (PICK-Booster) yang bermula pada 13 Oktober tahun lalu adalah satu daripada langkah mengawal pandemik yang kini merekodkan seramai 11,119,363 atau 47.5 peratus penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

“Malah sehingga hari ini, liputan vaksinasi dos penggalak di Lembah Klang juga amat menggalakkan dengan 68.2 peratus penduduk dewasa telahpun menerima dos penggalak, mengikuti rapat negeri Sarawak yang mencatatkan liputan tertinggi iaitu sebanyak 69.5 peratus,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, vaksin yang diberikan di PPV Integrasi di Lembah Klang adalah vaksin AstraZeneca.

“Namun begitu, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang menerima janji temu atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca.

“Individu yang ingin hadir secara walk-in perlu memastikan sijil vaksinasi digital di dalam aplikasi MySejahtera adalah lengkap bagi melancarkan proses vaksinasi,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Covid-19dos penggalakLembah KlangPPV Lembah KlangWalk-in
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

11/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melaksanakan penstrukturan semula di beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang...

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah RM7.5 juta ditemui dalam sebuah rumah yang diserbu pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd