• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pertimbang Benarkan Rakyat Melancong Ke Luar Negara

oleh Mohd Arshad
25/01/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan mempertimbang untuk memberi kebenaran kepada rakyat negara ini yang lengkap menerima dua dos vaksin dan mengambil dos penggalak untuk melancong ke luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan berpandangan sedemikian kerana terdapat beberapa buah negara telah mengurangkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kemasukan pelancong ke negara mereka.

“Mungkin perkara ini akan dipertimbangkan sebab kita lihat kalau dua dos (vaksin) dan dos penggalak sudahpun selesai (diambil), saya percaya kita boleh memberi sedikit lagi kelonggaran.

“Ini terpulanglah kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberikan pandangan,” katanya ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak boleh terus ‘terlalu keras’ membabitkan isu tersebut kerana ia memberi kesan terhadap industri pelancongan tempatan.

Jelasnya, industri pelancongan masih belum dibuka sepenuhnya walaupun pelancongan domestik telah dibenarkan, namun pelancong antarabangsa belum memasuki ke dalam negara.

Tambahan pula, menurut beliau, subsidi upah yang diperkenalkan oleh kerajaan masih lagi diteruskan dan diberikan kepada pemain-pemain industri pelancongan.

“Jadi sebab itulah kita lihat bahawa jika rakyat telahpun diberikan dos penggalak, maka mungkin kita boleh mengendurkan sedikit SOP.

“Bagaimanapun, seperti saya sebutkan bahawa KKM perlu memberikan pandangan tentang perkara ini. Saya percaya apabila kita boleh membuka negara kita, keadaan ekonomi akan berubah dan bertambah baik,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: KerajaanMelancong Ke Luar NegaraRakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd