• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: PAS Masih Berunding Dengan BN

oleh Mohd Arshad
25/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Pas masih belum berputus asa untuk memujuk Barisan Nasional bagi menjalin kerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rundingan masih lagi berlangsung walaupun kepimpinan Barisan Nasional (BN) Johor sebelum telah menyatakan hasrat untuk bertanding solo pada PRN berkenaan.

Beliau berkata, Pas tidak putus asa walaupun kerjasama sama dengan BN pernah menemui jalan buntu dan tidak menjadi kenyataan pada PRN Melaka sebelum ini.

“Kita akan terus berusaha dan mencuba (menjalin kerjasama dalam PRN Johor). Dunia belum kiamat lagi,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu memberitahu Pas juga masih memutuskan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi parti tersebut pada PRN Johor kelak.

Sebelum DUN Johor dibubarkan, Pas cuma mempunyai satu kerusi di DUN Bukit Pasir yang diwakili Kapten (B) Najib Lep.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad dipetik telah memaklumkan Barisan Nasional (BN) berhasrat bertanding secara solo dalam PRN Johor ini tetapi masih tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan parti di peringkat pusat.

-Kosmo Online

Tags: BNPASPRN JohorRundingan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd