• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Tidak Akan Bertanding PRN Johor’ – Khaled Nordin

oleh Mohd Arshad
24/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga bekas menteri besar Johor, menafikan akan membuat kemunculan semula sekali gus bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mohamed Khaled yang juga Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang, berkata beliau tidak berhasrat menawarkan diri untuk bertanding pada PRN kali ini.

“Tidak, saya tidak akan bertanding dan tidak menawarkan diri untuk bertanding pada PRN Johor.

“Saya merasakan Datuk Hasni Mohammad (Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor) melakukan kerja yang baik menerajui negeri.

“Kita perlu beri peluang dan pendedahan kepada pemimpin muda untuk bertanding. Ini adalah keputusan saya walaupun ada pihak mendakwa saya akan bertanding, itu adalah tidak benar,” katanya kepada BH, hari ini

Pada 14 Januari lalu, Mohamed Khaled berkongsi gambar beliau menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi, di sini, sekali gus menimbulkan spekulasi beliau bakal membuat kemunculan semula dan bertanding pada PRN Johor nanti.

Khaled sebaliknya menjelaskan, pertemuan bersama Sultan Johor itu sekadar bertanya khabar di samping membincangkan isu semasa membabitkan negeri Johor termasuk isu banjir.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mohamed Khaled tewas di kerusi DUN Permas apabila mendapat 20,047 undi kepada Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (BERSATU) yang memperoleh 28,793 undi, dengan

majoriti 8,746 undi.

Ditanya desas desus beliau akan dicalonkan di DUN dalam daerah Kota Tinggi yang juga antara kubu kuat UMNO di Johor, Mohamed Khaled, menolak dakwaan itu.

“Tidak…tidak. Isu ini tidak timbul. Itu bukan keutamaan saya mahu pun UMNO.

“Kena faham kita nak pastikan Johor kembali stabil dan kepentingan rakyat perlu diutamakan berbanding perkara lain,” katanya.

-Berita Harian

Tags: PRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

Perdana Menteri Sukar Terima Keputusan BN Johor Bertanding Semua Kerusi – Onn Hafiz

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memahami perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sukar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd