• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Kalau BN Pusat Beri ‘Green Light’, MIC Boleh Tanding Lima Kerusi – Hasni

oleh Mohd Arshad
23/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Permintaan MIC Johor untuk bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, boleh dilaksanakan sekiranya mendapat ‘lampu hijau’ daripada pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, beliau tidak akan membantah sekiranya Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkannya berbuat demikian.

Tambah Menteri Besar Johor itu lagi, beliau harap Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sendiri dapat menyampaikan hasrat untuk bertanding di lima kerusi itu, untuk dibincangkan di peringkat pusat.

“Mengenai tambahan kerusi DUN untuk calon-calon MIC, saya kata dekat Tan Sri Vignes, Tan Sri duduk di peringkat nasional, bincang baik-baik dengan Pengerusi BN, kalau itu arahan kepada saya, maka itu yang akan kita lakukan.

“I will not object any agreement, you just tell me, and I will work with you, kalau nak accommodate kerusi untuk MIC,” katanya ketika berucap di Taklimat Pilihan Raya MIC Negeri Johor, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan hasrat MIC untuk bertanding di lima kerusi DUN Johor, iaitu Kahang, Tenggaroh, Mengkibol, Skudai, dan Tangkak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), MIC bertanding di empat kerusi, dan memenangi dua daripadanya iaitu Kahang dan Tenggaroh.

Dalam sidang media susulan, Vigneswaran berkata, beliau akan membawa hasrat MIC Johor itu ke peringkat pusat secepat mungkin dalam proses rundingan kerusi antara komponen BN.

“Semua orang ada permintaan, dan kita juga minta, tetapi permintaan ini dibuat di peringkat negeri kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dan juga kepada keputusan yang akan dibuat oleh Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN (Ahmad Zahid).

“Keputusan muktamad ini akan ditentukan oleh Pengerusi BN, tetapi sebagai sebahagian daripada kepentingan negeri, wajar saya bawa juga kepentingan MIC,” katanya lagi.

Awani-

Tags: BN PusatMIC JohorPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – MCA menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan jentera parti di semua peringkat...

Lokman Adam Adakan Perbincangan Dengan Anggota PKR?

Lokman Adam Adakan Perbincangan Dengan Anggota PKR?

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengadakan pertemuan dengan beberapa anggota Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd