• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Mahu Kerjasama Dengan UMNO

oleh Mohd Arshad
23/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : PAS berharap ada harapan untuk Muafakat Nasional (MN), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin, berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, yang juga Menteri Besar.

Katanya, antara butiran yang akan dibincangkan nanti termasuk usaha memperkasa perjuangan ummah di antara UMNO serta PAS di bawah payung MN.

“Buat masa ini, kita sedang berusaha ke arah itu (penyatuan MN). PAS Johor sudah berhubung dengan pihak UMNO Johor dan telah mendapat maklum balas baik untuk bertemu Menteri Besar.

“Insya-Allah, satu perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat hasil hubungan baik di antara kedua-dua parti.

“PAS pusat juga sudah memberikan lampu hijau buat PAS Johor supaya menjayakan usaha penyatuan MN itu. Harapnya kita dapat mencapai persefahaman bagi tujuan berkenaan,” katanya hari ini.

Pada PRN Melaka baru-baru ini, PAS memutuskan untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan bertanding di bawah Perikatan Nasional (PN).

Namun PAS tewas semua lapan kerusi yang ditandinginya.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, PAS Johor sudah bersedia menghadapi PRN di negeri ini selepas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memperkenan pembubaran DUN Johor, semalam.

“Pembahagian kerusi juga akan dibincangkan bersama kepimpinam pusat, selain dalam pertemuan bersama Hasni sedikit masa lagi.

“Sedikit atau banyak kerusi yang akan ditandingi, ia hanya dibincangkan pada peringkat dalaman sahaja. Masih belum dimuktamadkan lagi,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), hanya seorang wakil tunggal PAS Johor menang kerusi DUN di DUN, Bukit Pasir yang dimenangi Najib Lep.

-Berita Harian

Tags: kerjasamaPASPRN JohorUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd