• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor: Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Bersatu Negeri

oleh AK-47
23/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
11
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor bakal mengadakan mesyuarat untuk membincangkan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, mesyuarat berkenaan bakal dipengerusikan Presiden Bersatu yang juga merupakan Pengerusi Bersatu Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa memantau dengan rapat perkembangan situasi semasa politik di negeri Johor.

“Mesyuarat ini akan membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuklah persiapan dan persediaan jentera bagi menghadapi PRN Johor yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Selain itu, pertemuan dan perbincangan bersama Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selaku komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Johor juga akan diadakan bagi tujuan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, Bersatu Johor komited untuk meletakkan soal kemaslahatan negeri dan rakyat sebagai keutamaan sekali gus memberi khidmat demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Johor.

Semalam, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

-Kosmo Online

Tags: Mesyuarat Bersatu NegerimuhyiddinPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Kekal PN, Muhyiddin Nafi Wujud Hubungan Rapat Dengan PH

Bersatu Kekal PN, Muhyiddin Nafi Wujud Hubungan Rapat Dengan PH

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mewujudkan hubungan rapat...

Yang Pasti Tan Sri Muhyiddin Yassin Juga Bukan Lagi Calon PM – Ahmad Samsuri

Yang Pasti Tan Sri Muhyiddin Yassin Juga Bukan Lagi Calon PM – Ahmad Samsuri

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kemelut dalaman antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas berhubung calon Perdana Menteri daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd