• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

oleh Mohd Arshad
22/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan sama ada mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), Muafakat Nasional (MN) atau bertanding secara sendirian.

Namun, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS sedia berunding untuk bekerjasama dengan parti lain terutama yang mempunyai kerjasama termasuk UMNO menerusi MN.

Beliau berkata, secara asasnya, PAS sebuah parti yang mengutamakan penyatuan ummah dan konsep itu turut diterapkan dalam PRN Melaka baru-baru ini namun keputusannya tidak seperti diharapkan.

“Secara asasnya, PAS ingin bekerjasama dengan semua, sama ada UMNO atau BERSATU kerana kita utamakan penyatuan ummah, sebab itu kita bersedia berunding serta berbincang.

“Dalam PRN Melaka pun kita sampai ke akhirnya adakan perbincangan dengan UMNO tapi akhirnya yang berlaku adalah sebagaimana yang berlaku (bertanding atas tiket PN). Ada beberapa perkara menyebabkan kita membuat keputusan itu.

“Kita merundingkan perkara yang terbaik kerana bagi PAS, pilihan raya adalah proses memilih kepemimpinan sama ada di peringkat negara atau negeri, maka sudah tentu kita mahu hasil terbaik kerana ketidakstabilan politik menyebabkan kesan buruk kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas majlis penyerahan sagu hati kepada 10 penghulu tanpa mukim kaum Tionghua yang akan menyambut Tahun Baharu Cina di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, hari ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) sekali gus memberi laluan kepada PRN diadakan.

Takiyuddin turut mengesahkan, sebagai parti ‘senior’ dalam negara, PAS tetap bertanding dalam mana-mana pilihan raya termasuk PRN Johor namun belum menentukan jumlah kerusi akan ditandingi.

BHonline-

Tags: MNPASPNPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berkemungkinan besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd