• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Kembalikan Perjalanan Tanpa Kuarantin Bulan Hadapan

oleh Mohd Arshad
20/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUSAT Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand bersetuju memperluaskan satu lagi program pengecualian kuarantin – sandbox – ke destinasi pantai popular termasuk Pattaya, Si Racha dan Sattahip di wilayah Chonburi dan Koh Chang di wilayah Trat.

Perkara itu diumumkan selepas mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha hari ini.

“Di bawah skim ini, pelancong dikehendaki mengambil dua ujian RT-PCR – semasa ketibaan dan lima hari kemudian,” katanya sambil menambah pelancong perlu berkuarantin di hotel sementara menunggu keputusan ujian.

Bagaimanapun, program itu telah digantung pada akhir Disember atas kebimbangan penularan varian Omicron.

Di bawah inisiatif ‘sandbox’, pengembara boleh elak kuarantin wajib dan melakukan perjalanan bebas di kawasan tertentu selama tujuh hari serta menjalani dua ujian COVID-19.

Sehingga kini, terdapat empat destinasi di bawah program ‘sandbox’ iaitu Phuket, Phang Nga, Krabi dan Koh Samui.

Sementara itu, Maratee berkata CCSA juga menyusun semula zon kawalan COVID-19 dengan Zon Kawalan dikurangkan kepada 44 dan 25 lagi dikategori sebagai Kawasan Pengawasan Tinggi.

Beliau berkata program ‘sandbox’ kekal di lapan wilayah – Bangkok, Kanchanaburi, Krabi, Chonburi, Nonthaburi, Pathum Thani, Phang Nga dan Phuket.

“Restoran di Kawasan Pengawasan Tinggi dan Kawasan ‘sandbox’ dibenarkan menyediakan minuman beralkohol dari 9 malam hingga 11 malam,” katanya.

Sementara itu, perintah darurat akan dilanjutkan sehingga Mac tahun ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 8,129 kes baharu COVID-19 dan 19 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,353,062 kes dan 21,987 korban.

Bernama-

Tags: Covid-19Thailandujian RT-PCR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd