• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Terence Disiasat Ikut Fakta

oleh AK-47
20/01/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM : Polis akan menyiasat semua dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu dengan seadil-adilnya berlandaskan fakta dan bukti yang ada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata polis menyiasat dengan teliti semua dakwaan dan laporan dibuat wakil rakyat terbabit.

“Sebagaimana, kenyataan Pengarah JSJN tempoh hari, polis akan menyiasat semua dakwaan dibuat wakil rakyat terbabit.

“Siasatan dijalankan dengan seadil-adilnya berlandaskan fakta dan bukti yang ada” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas laporan portal berita yang peguam ADUN terbabit, Ramkarpal Singh mendakwa ujian dadah kali kedua dijalankan ke atas wakil rakyat itu gagal mengesan unsur dadah terlarang.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk siasatan lanjut.

Khamis lalu, ADUN berusia 54 tahun itu ditahan di sebuah kelab malam di Perai, di sini dalam serbuan kira-kira jam 9 malam selepas didapati positif dadah.

Mengulas lanjut, Mustafa Kamal berkata, polis masih menunggu laporan pakar patologi bagi melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

-Berita Harian

Tags: ADUN DAPdadahTerence Naidu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd